My Cutest Follower

Sunday, 14 July 2013

Interesting Places To Visit

Nur Asyiqin Binti Abdullah                                                                                          03DUB13F1010


Assalamualaikum. Hai semua. Harini saya nak cerita pasal tempat menarik yang saya nak sangat- sangat pergi. Iaitu Sabah. MasyaAllah keindahan ciptaan Allah ini sungguh menarik sehingga membuatkan saya teruja dan mempunyai impian ke sini. Jom saya bercerita.


Di Sabah ini terdapat beberapa tempat yang menarik. Misalnya Kinabalu Park. Di Kinabalu Park ini ada unggas-unggas seperti orang hutan. Suasana dekat sini sejuk, nyaman dan kalau pergi mesti rasa tak nak balik ke rumah. Dari Kinabalu Park ini boleh nampak Gunung Kinabalu.


Kinabalu Park

 Destinasi seterusnya ialah Poring Hot Spring. Kolam air panas ini sangat luas. Di kolam air panas ini terdapat Jambatan Kanopi, Butterfly Garden dan Tropical Garden. Suasana di sini sangat meriah bila cuti persekolahan.



Poring  Hot Spring




Sabah Tea


Dekat Sabah ni terdapat Sabah Tea. Alllaa, yang dalam iklan itu TEH SABAH, TEH SABAH. Ni lah kawasan dia. Di dalam Sabah Tea ini ada terdapat kilang memproses dan juga teh house yang menjual produk ini. Ada juga di sediakan cafe di sini jika anda ingin minum. Sedapppp !
 



 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti 

Terletak di Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometer dari Kota Kinabalu (2 jam dan 40 minit memandu jauhnya). Dan kalau dari Bandar Ranau hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja memandu dan ianya terletak hanya di sebelah ladang Teh Sabah di Ranau. Spa urutan dari ikan Klah ini diuruskan oleh JKK Kampung Luanti dan diketuai oleh Encik Jeffrin Majangki.

Untuk pengetahuan korang,tempat ini ialah Fish Spa Ikan Klah Kg.Luanti Ranau ni dilakukan berikutan sistem ‘tagal’ yang diamalkan di seluruh Sabah. Dalam dialek Kadazan Dusun Tempatan, 'tagal' bermakna 'tidak memancing', dan tujuan utama 'tagal' adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk memberi manfaat kepada generasi masa depan. Urutam ikan ini dianggap mempunyai kesan penyembuhan ke atas orang-orang yang mengalami psoriasis.




Desa Dairy Farm, Kundasang

Haaa ! Cer tengok gambar ni. Ada lembu-lembu. Dah macam dekat New Zealand. Tempat dia pun luas. Ramai yang jadikan tempat ni untuk photoshoot. Dengan rumput menghijau, cuaca pulak sejuk je. Dapat perah susu lembu lagi tau. Dekat sini dia memproses susu lembu. Kita pun boleh belajar cara nak memerah susu kat sini tau.


Tip Of Borno - Tanjung Simpang Mengayau 

Tanjung Sampang Mengayau adalah sebuah tanjung paling utara di Pulau Borneo. Ia terletak di Daerah Kudat. Sampang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam.


Pulau Mamutik 

Dekat Sabah terdapat banyak pulau. Nak pergi ke pulau ni kena lah naik bot. Yang mabuk laut tu sila lah sediakan pil bagi hilang mabuk tu ye jika dah mengidam sangat nak pergi. Hehehe. Pulau dekat sini sangat cantik. Nampak isi dalam air laut tu. Pantai yang kebiru-biruan sungguh mengindahkan dan menenangkan mata yang melihat. Di sini ada juga Scuba Diving, Snorkling. Puas lah hati kalau dapat pergi.


Pasar Filipina

Tak terlepas juga jika tak shopping dekat Pasar Filipina. Bukan pasar ni kat Filipina tapi nama dia memang Pasar Filipina. Jangan salah faham yer. Dekat sini ada jual macam-macam. Cenderahati untuk keluarga ke, ukulele, beg yang diperbuat dari rotan. Rotan kot rasanya. Tak pasti pulak. Kalau salah minta maaf bebanyak yer. Dekat sini barang dia pun murah-murah. Singgah la yer.


Ini sahaja tempat menarik yang saya rasa memang sangat-sangat menarik. Minta maaf ye jika saya ada kekurangan sepanjang berkongsi cerita. Byee ~